Friday, February 26, 2010

Perutusan Guru Besar Sekolah Agama Bandar Pontian

Dengan penuh tanda kesyukuran ke hadrat Illahi, dengan hasrat untuk merealisasikan sebuah laman blog bagi dipersembahkan kepada umum, maka kini terhasillah sebuah laman blog hasil usahasama guru-guru SA Bandar Pontian.

Laman blog sebagai sebuah medium di dalam penyebaran maklumat, diharapkan dapat memperkenalkan Sekolah Agama Bandar Pontian, sama ada kepada umum yang berada di desa, bandar, bandaraya atau di rantau yang lain.

Gerbang ICT yang berkembang diserata pelusuk dunia, memberi ruang dan peluang untuk sekolah ini dikenali ramai.

Sebagai peneraju sekolah, saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah berkunjung ke laman ini.

Bagi meningkatkan mutu persembahan laman ini, saya mengharapkan komen, pendapat, dan cadangan dari para pengunjung semua.

Akhir kalam, selamat berkunjung dan semoga Sekolah Agama Bandar Pontian akan mendapat tempat dihati anda.

Terima kasih.

Sekian.

Salam Hormat,

Ustazah Hjh Junaidah Binti Hj Marjonid

Matlamat Sekolah

Matlamat Sekolah

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP